JOM BELAJAR ASAS FOTOGRAFI

KURSUS ASAS FOTOGRAFI SIRI 1



Bengkel ini direka khusus untuk jurugambar yang baru mahu bermula dan juga yang sudah lama bermain kamera tetapi masih tidak menguasai lagi asas sebenar penggunaan kamera dalam fotografi. Bengkel ini direka untuk seorang yang tiada asas teknikal kamera dan mempelajari asas-asas fotografi ini secara asas dan kemudian dibolehkembangkan sendiri oleh peserta. Seperti belajar mengenal huruf dan kemudian membaca. Setelah tahu membaca, apa jenis bacaan pun boleh dibaca. Pereka kursus ini, Zulbahari Rosly , iaitu pengasas Zolensa Studio mempunyai falsafah bagi menjadikan fotografi lebih rapat kepada penggemarnya sehingga ke golongan-golongan warga emas dan juga kaum ibu. Jika anda sukakan fotografi sebagai minat anda dan anda baru mahu memulakannya, anda patut hadir bengkel ini. Anda hanya perlu tahu apa yang anda perlu tahu dan bukannya belajar asas fotografi sehingga ke anatomi kamera yang sebenarnya anda boleh perolehi melalui buku manual kamera. Pujangga berkata “Practice makes perfect” tetapi pada kami hanya right practice makes perfect.
Workshop menjadi terlalu mudah apabila konsep pengajaran mempunyai adunan yang seimbang antara teori dan praktis.

Jurulatih : Zulbahari Rosly
Tempat : Studio terpilih
Tarikh : Akan diberitahu (8.30 pagi - 4.30 ptg)
Objektif : Ketahui asas penggunaan kamera dan fotografi secara teknikal.

Subjek :
1. Asas Fotografi
2. Aperture
3. Shutter
4. ISO / ASA
5. DOF / Bokeh
6. Focal Length
7. Histogram
8. Exposure Compensation
9. White Balance
10. Lain-lain (jika anda bertanya)

Saiz kelas : 20 pelatih MAKSIMA per kelas

Komposisi kursus : 50% Teori, 50% Praktikal

Yuran : RM 200 .00  

Kami sediakan :

  • Nota
  • Makan & Minum : Pagi & Tengahari

Hubungi 017-9091920 untuk mendaftar

No comments: